Saturday, March 5, 2011

Nabi Yang Mahir Menjahit

   Nabi Idris adalah keturunan keenam daripada Nabi Adam. Nabi Idris diutuskan kepada kaum keturunan Qabil yang tidak mahu menerima ajaran benar dan mederhaka kepada Allah.
   Di dalam kitab al-Qur`an ada menyebut berkenaan Nabi Idris. Ini terdapat dalam surah Maryam ayat ke 56 dan 57. Allah berkata " Dan bacalah (wahai Muhammad) di dalam kitab al-Qur`an ini perihal Nabi Idris, sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imanya) serta ia seorang Nabi. Dan ami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya."
    Nabi Idris adalah orang yang mula-mula pandai menulis dan membaca, bijak dan mahir dalam matematik dan ilmu bintang (falak). Beliau juga adalah orang pertama yang pandai ilmu jahit-menjahit. Ini kerana zaman dahulu, manusia menggunakan kulit binatang sebagai pakaian. Semua ilmu itu diajari oleh Allah.
    Pada zaman Nabi Idris, ramai yang melanggar perintah Allah dan beliau yang tangkas dalam menunggang kuda memerangi mereka. Nabi Idris ialah orang gagah berani dan mempunyai kekuatan luar biasa. Beliau di gelar singa kepada segala singa. Oleh kerana kekuatannya, beliau dapat mengalahkan orang-orang yang tidak taat dan percaya kepada Allah.
    Nabi Idris tidak penah lalai mengingati Allah sekalipun sedang sibuk dengan tugasan harian. Kedudukannya di sisi Allah tinggi kerana sifat penyabar dan bertakwa kepada Allah.
    Pada suatu hari, Nabi Idris teringin hendak berkenalan dengan para malaikat dan seterusnya ingin melihat alam ghaib iaitu naik ke langit. Hasrat Nabi Idris dimakbulkan oleh Allah dan beliau naik ke langit. Apabila sampai di langit, beliau kagum dan enggan turun ke bumi. Beliau memohon agar diizinkan tinggal di langit. Permintaanya ditunaikan Allah. Tinggalah beliau disitu hingga ke hari Kiamat.
    Ini terbukti dalam Hadith yang dilaporkan oleh Bukhari.
Anas Bin Malik berkata: " Semasa Nabi Muhammad dan Jibril suatu tempat pada malam Isra` dan Mikraj, beliau bertemu dengan Nabi Idris yang menyambutnya dengan memberi ucapan ' Selamat datang Nabi yang salih dan saudara yang salih'.
    Nabi Muhammad bertanya kepada Jibril, 'siapakah dia?', Malaikat Jibrail menjawap, 'Dialah Idris'.






No comments:

Post a Comment