Sunday, March 13, 2011

WANITA MUSLIM DI ALAF BARU

PERTANDINGAN RATU CANTIK: KEMBALI KE ALAM JAHILIAH

Di zaman jahiliah, kita dapat lihat kedudukan wanita begitu rendah sekali, di mana keadaan wanita di zaman jahiliah hidup dalam keadaan terhina sekali. Wanita di anggap hina dan tidak ada nilainya. Mereka di perbodohkan, diperhambakan dan dijadikan tempat melepaskan syahwat lelaki ataupun boleh dikatakan wanita hanyalah sebagai tempat berseronok. Yang lebih dasyat lagi apabila adakalanya anak gadis akan dirogol di hadapan ibu bapa sendiri dan melahirkan anak luar nikah. Sebab itulah di zaman jahiliah anak luar nikah begitu berleluasa sekali. Meskipun terlalu tenat untuk dipikul, namun pembelaan tetap tidak berlau ini kerana tidak ada sesiapa yang berani untuk bangkit membela diri atau membela wanita. Atas dasar tidak mahu menangung malu itulah, ramai masyarakat Arab jahiliyah ketika itu suka membunuh atau membunuh anak perempuan mereka hidup-hidup (wa`d al-banat) kerana mereka bimbang akan menconteng arang di muka mereka sehingga anak perempuan yang lahir di anggap sial.

Namun, selepas kedatangan islam iaitu selepas Rasulullah dilantik menjadi Rasul, kehidupan wanita mula berubah. Berbagai perubahan yang telah Rasulullah lakukan terhadap wanita semata-mata untuk membela nasib kaum wanita. Antara perubahan yang di bawa oleh Rasulullah iailah wanita diberikan taraf yang sama dengan lelaki. Persamaan taraf ini bukanlah seperti wanita kini di mana wanita mesti memegang jawatan tinggi dan berjaya dalam karier sebagaimana yang dicapai oleh kaum lelaki. Sebaliknya Allah menyamakan taraf iman wanita dan lelaki hanya usaha mereka mendapatkan iman dan mendapat kedudkan di sisi Allah yang membezakan mereka. Selepas kedatangan islam juga, Allah mengharamkan perbuatan mereka membunuh anak-anak perempuan, perintah menutup aurat dan banyak lagi.

Apa yang hendak saya bincangkan di sini ialah mengapa saya mengatakan pertandingan ratu cantik itu kembali ke alam jahiliah. Cuba kita singkap kembali kedudukan wanita pada zaman jahiliah seperti yang saya cakapkan di atas, pertandingan ratu cantik ini juga meruapakan perbuatan yang hina terhadap wanita pada zaman jahiliyah., di mana pertandingan ratu cantik di waktu itu menjadikan wanita sebagai bahan pameran. Orang yang menganjurkan pertandingan itu ialah Abu Lahab dan di bantu oleh isterinya Ummu Jamil. Wanita yang di eprtandingkan akan bertelanjang tanpa seurat benang dan diadili oleh kaum lelaki. Setiap pemenang akan dianugerahi hadiah. Ummu Jamil juga adalah salah seorang yang telah menang di dalam pertandingan ratu cantik itu.

Wanita kini telah kembali ke alam jahiliyah kerana pertandingan ratu cantik tidak dinafikan telah diadakan pada setiap tahun. Pertandingan itu berjenis-jenis pula. Meskipun di Malaysia telah mengharamkan penyertaan wanita Muslim atau melayu, namun ianya adalah satu anjuran yang membawa kaum wanita kini kembali kepada tradisi alam jahiliyah. Pertandingan ratu cantik ini kebiasaanya akan di anjurkan oleh kaum lelaki dan kaum lelaki jugalah yang biasanya akan di lantik menjadi hakim. Tubuh badan mereka yang cantik akan dipertontonkan juga kepada kaum lelaki.

Dimanakah pernghargaan kita terhadap pengorbanan Rasulullah dalam mengangkat martabat wanita setelah wanita pada zaman jahiliyah hidup dalam keadaan hina sekali di mana wanita di wajibakan menutup aurat untuk mengelakan daripada diganggu. Tetapi apa yang berlaku kini, pakaian yang tidak menutup aurat menjadi kebanggaan dan mendapat tempat, berbagai fesyen yang menjolok mata telah di pamerkan dan menjadi kegilaan wanita masa kini kononnya melambangkan ketemadunan atau kemodenan. Jika sebelum Islam, Rasulullah sangat bersedih dengan keadaan ini. Tiba di zaman ini pula wanita melakukannya dengan penuh kebanggaan sedangkan Rasulullah telah pun menunjukkan cara wanita untuk meutupi auratnya dan memberi ancaman bagi wanita yang mengingkarinya. Malah wanita sekarang sudah tidak menjaga maruah diri , bergaul bebas dengan slelaki yang bukan muhramnya tanpa dibatasi oleh syariat lagi yang paling menyedihkan ada wanita yang sanggup melacurkan diri dengan menjadikan ianya sumber pendapatan seharian kerana ianya sungguh lumayan. Ada sesetangah pihak mengkomesialkan perniagaan ini semata-mata untuk mengaut keuntungan. Ianya lebih dasyat dari zaman jahiliyah sebelum kedatangan Rasulullah..

Sama mengajak saudara-saudara islam kesemuanya memikirkan hal ini, anak-anak kita banyak terdedah kepada benda yang boleh membahayakan diri anak terutama anak perempuan. Dimana mereka mudah terpengaruh dengan budaya-budaya barat (hedonisme) yang boleh merosakan akhlak dan moral anak-anak remaja khususnya pada masa kini. Sebagai ibubapa amat memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik anak ketika masih kecil lagi dengan menanamkan iman di dalam diri mereka dan memperkenalkan qudwatu hasanah kepada mereka seperti menjadikan Rasulullah sebagai contoh terbaik bukannya yang pada masa kini anak-anak banyak menjadik contohnya artist-artist barat atau tempatan sebagai ikon yang jelasnya tidak melambangkan sebagai seorang Islam sebenar malah boleh membawa kepada keburukan..Sekian....fikr-fikirkan..

Saturday, March 5, 2011

APRIL FOOL`S DAY MENCEMAR KESUCIAN DAN MENGHAKIS JATI DIRI

Masa berlalu dengan begitu pantas, sedar atau tidak kita kini melangkah ke Mac 2011. Masa dan waktu yang berlalu dan yang telah meninggalkan kita, tidak akan dapat dikebalikan lagi.
   Akan tetapi amat malang sekali apabila hari-hari yang berlalu terus diisi dengan sesuatu yang bukan sahaja boleh mencemarkan adab budaya Melayu yang baik, malahan menghakis kesucian dan ajaran Islam yang bertapak dalam diri.
    Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, " Demi masa. sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang paling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran". 
     Tidak lama lagi kita akan menghadpi bulan April, sebagai umat Islam kita perlu saling ingat mengingati. Kesedaran ini, saya dengan ikhlas ingin berkongsi dengan pembaca sesuatu yang amat merugikan dan mencemarkan adab Melayu yang dilakukan oleh segelinir masyarakat Islam pada bulan April ini ialah sambuatan April Fool.
     Biasanya apabila datang 1 April maka remaja Melayu Islam terikut-ikut dengan budaya Barat yang menjadikan tarikh ini sebagai hari untuk `diperbodohkan' atau `mengenakan' orang lain. Dimanakah jati diri masyarakat Melayu apabila sahaja datang dari barat tanpa melihat sama ada ia bermanfaat atau merugikan terus dirayakan dan disambut tanpa usul periksa! Malahan apa yang lebih teruk lagi apabila terdapat segelintir mereka yang begitu berbangga dengan apa sahaja yang datang dari Barat seolah-olahnya ia melambangkan `kemodenan'. Justeru tidakmenghairakan apabila `produk' barat terus mendapat tempat di hati masyarakat sebagai contoh jika diberi pilihan antara Coca-cola, Mecca Cola, Zam zam Cola, atau Radix cola maka sudah tentu Coca Cola akan dipilih kerana ia merupakan produk barat yang dipuja dan dibanggakan,. Ini kerana masyarakat kita tidak dapat membezakan di antara kaca dan permata.
      Sehubungan dengan itu, apabila datang bulan April, maka sambutan April fool tidak dilupakan! sedar atau tidak sedar april fool hanya membodohkan masyarakat kita bahkan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam.
       Kenapa saya berkata demikian? ini kerana telah dikatakan bahawa sejarah April Fool merujuk kepada tentera kristian di Sepanyol yang berjaya menipu dan membunuh umat islam secara beramai-ramai di Sepanyol sehinggakan tarikh keramat ini dirayakan sebagai the April Fool`s Day. Wlaupun cerita ini tidak dapat dipastikan kesahihannya namun budaya ini seolah-olah telah dapat diterima oleh seluruh dunia temasuk kalangan umat islam sendiri.
      Sebagai Muslim kita hendaklah menjadikan ajaran islam sebagai panduan supaya tidak terikut-ikut dengan sesuatu yang bukan daripada ajaran Islam apatah lagi sesuatu yang bleh membawa kepada implikasai negatif. Sabda Rasulullah s.a.w. " sesiapa yang meniru sesuatu kaum (golongan), dia termasuk dalam kalangan mereka'. Mereka yang menyabut April Fool ini sanggup berbuat apa sahaja termasuk menipu dan sebagainya semata-mata untuk menghidupkan budaya ini. Ini boleh mengaibkan orang dan sebagainya.
      Sehubunan dengan itu, untuk mengkalkan jati diri umat Melayu Islam, sambutan seumpama ini hendaklah dijauhkan kerana ia tidak mendatagkan sebarang kebaikan malah ia bersifat menghakis dan mencemar Adab!. Moga jati diri masyarakat kita dapat terus di perkukuhkan dengan penghayatan terhadap ajaran Islam dan menjauhkan diri daripada budaya negatif Barat....






Nabi Yang Mahir Menjahit

   Nabi Idris adalah keturunan keenam daripada Nabi Adam. Nabi Idris diutuskan kepada kaum keturunan Qabil yang tidak mahu menerima ajaran benar dan mederhaka kepada Allah.
   Di dalam kitab al-Qur`an ada menyebut berkenaan Nabi Idris. Ini terdapat dalam surah Maryam ayat ke 56 dan 57. Allah berkata " Dan bacalah (wahai Muhammad) di dalam kitab al-Qur`an ini perihal Nabi Idris, sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imanya) serta ia seorang Nabi. Dan ami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya."
    Nabi Idris adalah orang yang mula-mula pandai menulis dan membaca, bijak dan mahir dalam matematik dan ilmu bintang (falak). Beliau juga adalah orang pertama yang pandai ilmu jahit-menjahit. Ini kerana zaman dahulu, manusia menggunakan kulit binatang sebagai pakaian. Semua ilmu itu diajari oleh Allah.
    Pada zaman Nabi Idris, ramai yang melanggar perintah Allah dan beliau yang tangkas dalam menunggang kuda memerangi mereka. Nabi Idris ialah orang gagah berani dan mempunyai kekuatan luar biasa. Beliau di gelar singa kepada segala singa. Oleh kerana kekuatannya, beliau dapat mengalahkan orang-orang yang tidak taat dan percaya kepada Allah.
    Nabi Idris tidak penah lalai mengingati Allah sekalipun sedang sibuk dengan tugasan harian. Kedudukannya di sisi Allah tinggi kerana sifat penyabar dan bertakwa kepada Allah.
    Pada suatu hari, Nabi Idris teringin hendak berkenalan dengan para malaikat dan seterusnya ingin melihat alam ghaib iaitu naik ke langit. Hasrat Nabi Idris dimakbulkan oleh Allah dan beliau naik ke langit. Apabila sampai di langit, beliau kagum dan enggan turun ke bumi. Beliau memohon agar diizinkan tinggal di langit. Permintaanya ditunaikan Allah. Tinggalah beliau disitu hingga ke hari Kiamat.
    Ini terbukti dalam Hadith yang dilaporkan oleh Bukhari.
Anas Bin Malik berkata: " Semasa Nabi Muhammad dan Jibril suatu tempat pada malam Isra` dan Mikraj, beliau bertemu dengan Nabi Idris yang menyambutnya dengan memberi ucapan ' Selamat datang Nabi yang salih dan saudara yang salih'.
    Nabi Muhammad bertanya kepada Jibril, 'siapakah dia?', Malaikat Jibrail menjawap, 'Dialah Idris'.