Monday, February 7, 2011

KESIHATAN

Khasiat Buah Kurma

Kurma ialah sejenis tumbuhan (Palma) atau di kenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex Dactylifero yang berbuah dan boleh di makan sama ada yang di masak atau yang mentah. Kebanyakkan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis spesis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekah dan Madinah yang juga dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis spesis. Dalam kalangan penduduk di negara-negara Arab, kurma ialah makanan utama mereka, malah dalam kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang di gemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasullah s.a.w.
  Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar r.a. katanya: `` Aku melihat Rasullah s.a.w. memakan buah-buahan dengan kurma masak''.
Rasullah s.a.w. telah menyebut tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: `` diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. bersabda: ``sesiapa yang memakan 7 biji tamar '`ajwah'' dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu''.
  Khasiat kurma ''Ajwah'' sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah s.w.t. sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang di tanam sendiri oleh Rasullah s.a.w.
  Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kurma ini, iaitu ketika dialami oleh Sayyidatina Maryam ketika beliau mengandungkan nabi Isa a.s. Tafsirnya:
  `` dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu Kurma yang masak.''
     ( surah Maryam: ayat 25)
   Ayat diatas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
penemuan kajian Sains tentang khasiat buah kurma:
  1. buah kurma kaya dengan zat besi dan kalsium-terdapat unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu, menggalakkan pertambahan kandungan susu
  2. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembetukan darah dan sumsum tulang
  3. kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
Baginda Rasullah s.a.w. menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya: `` daripada Anas r.a. yang bermaksud: Rasullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum solat. Sekiranya tiada kurma
, maka baginda Rasullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air''. (H.R. Ahmad)
   Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka, khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma yang baik untuk pertumbuhan kanak-kanak.\
  Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugasan harian iaitu beribadat kepada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment