Monday, February 7, 2011

PETUA

Menguji Kesegaran Telur

Telur yang segar dapat memberikan khasiat yang terbaik dalam pemakanan kita sehari-hari. Bagi memastikan sama ada telur di dalam peti ais anda masih segar atau sebaliknya, cubalah petua ini:
ambil 1 sudu teh garam dan campurkan ke dalam secawan air. Kacau rata dan masukkan telur ke dalamnya. Sekiranya telur itu tenggelam, bermakna ia segar. Jika ia timbul beerti telur itu sudah lama dan tidak elok lagi untuk di makan.

Hilangkan Kelemumur

Anda tidak perlu kos yang tinggi untuk menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Cuba petua ini:
ambil beberapa biji buah mengkudu masak. Basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian sapukan pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut bahagian kepala selama 15 minit. Kemudian, bilaslah seperti biasa. Amalkan dalam seminggu dua atau tiga kali sebelum mandi. Insya-Allah masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal akan hilang..selamat Mencuba.................

WANITA

Sebab-sebab yang Mengharuskan Wabita Keluar Bekerja

Pendakwah, Ustazah Sharifah Zahrah Syed Mohammad berkata,
Islam tidak melarang wanita untuk bekerja samada di dalam atau di luar rumah, bersendirian atau berkumpulan, selagi ia di lakukan dalam susasan terhormat, sopan dan paling penting memelihara tuntutan agama. Beliau menyenaraikan beberapa sebab yang mengharuskan wanita keluar bekerja:
  1. untuk membantu suami mencukupkan nafkah keluarga termasuk untuk pembelajaran anak-anak
  2. apabila masyarakat dan negara memerlukan sumbangan wanita bidang-bidang tertentu yang wanita mempunyai kepakaran
  3. untuk berdakwah melalui bidang pekerjaan yang diceburi. Ini satu cara menjalankan kewajipan amar makruf nahi mungkar dan menjadikan pekerjaan sebagai media dakwah
  4. mungkin ada anak perempuan yang perlu bekarja untuk menampung sara kehidupan ibu ayah dan adik-adiknya
  5. wanita islam hari ini mengikut Dr. Yusof al-Qaradhawi sememangnya perlu bekerja berdasarkan senario kehidupan supaya wanita Islam tidak ketinggalan berbanding wanita lain. Wanita Islam juga mesti menjadi orang hebat dan cermerlang dalam segala aspek termasuk ekonomi.

MUTIARA KATA

  1. Ilmu Sebagai Penyuluh Jiwa
Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada dunia. Barangsiapa yang tahu dengan hal ini, ia tidak akan melepaskan yang lebih utama kerana untuk mengambil yang nista  (Imam Ghazali)

MUTIARA KATA

  1. Keikhlasan Dalam Amalan
Dalam kehidupan ini akan selalu kita temui, susah dan senang silih berganti lepas dari kesusahan yang satu datang kesulitan yang lain. Kesenangan itu terlentak antara dua kesusahan dan kesusahan itu terletak antara dua kesenangan. Ada kenikmatan yang di bungkus dengan kesusahan dan ada pula kesengsaraan yang di bungkus dengan kesenangan. Di samping kesulitan ada kelapangan. Yang buruk itu ada faedahnya yang baik itu ada pula buruknya, hanya orangt-orang yang bersifat ikhlaslah yang selalu memetik hasilnya  (hukamak)

orang yang bersifat ikhlas itu dia akan tahu:
  1. menahan perasaan adalah satu pengorbanan
  2. tidak terlalu sukacita pada waktu tertawa
  3. tidak berduka pada waktu menangis.

KESIHATAN

Khasiat Buah Kurma

Kurma ialah sejenis tumbuhan (Palma) atau di kenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex Dactylifero yang berbuah dan boleh di makan sama ada yang di masak atau yang mentah. Kebanyakkan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis spesis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekah dan Madinah yang juga dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis spesis. Dalam kalangan penduduk di negara-negara Arab, kurma ialah makanan utama mereka, malah dalam kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang di gemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasullah s.a.w.
  Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar r.a. katanya: `` Aku melihat Rasullah s.a.w. memakan buah-buahan dengan kurma masak''.
Rasullah s.a.w. telah menyebut tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: `` diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. bersabda: ``sesiapa yang memakan 7 biji tamar '`ajwah'' dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu''.
  Khasiat kurma ''Ajwah'' sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah s.w.t. sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang di tanam sendiri oleh Rasullah s.a.w.
  Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kurma ini, iaitu ketika dialami oleh Sayyidatina Maryam ketika beliau mengandungkan nabi Isa a.s. Tafsirnya:
  `` dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu Kurma yang masak.''
     ( surah Maryam: ayat 25)
   Ayat diatas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
penemuan kajian Sains tentang khasiat buah kurma:
  1. buah kurma kaya dengan zat besi dan kalsium-terdapat unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu, menggalakkan pertambahan kandungan susu
  2. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembetukan darah dan sumsum tulang
  3. kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
Baginda Rasullah s.a.w. menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya: `` daripada Anas r.a. yang bermaksud: Rasullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum solat. Sekiranya tiada kurma
, maka baginda Rasullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air''. (H.R. Ahmad)
   Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka, khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma yang baik untuk pertumbuhan kanak-kanak.\
  Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugasan harian iaitu beribadat kepada Allah s.w.t.